TANAMKAN
WUJUD KAMU DALAM BUMI YANG TERSEMBUNYI KERANA YANG TUMBUH DARI SESUATU
YANG TIDAK DITANAM ITU TIDAK SEMPURNA HASILNYA.
Hikmat yang lalu mengarahkan pandangan
kita kepada ikhlas. Ikhlas menjadi kekuatan yang menghalau syirik Jalan
syirik adalah kepentingan diri sendiri. Oleh itu diri sendiri mesti diperhatikan
bagi mengelakkan berlakunya syirik. Bila kepentingan diri sendiri boleh
ditundukkan baharulah muncul keikhlasan.
Hikmat 11 mengajak kita menyelami persoalan
yang lebih halus iaitu hakikat diri kita sendiri atau kewujudan kita. Kita
dijadikan daripada tanah, maka kembalikan ia (jasad) kepada tanah, iaitu
ia (jasad) harus dilayani sebagai tanah supaya ia tidak mengenakan tipu
dayanya. Apabila kita sudah dapat menyekat pengaruh jasad maka kita hadapi
pula roh kita. Roh datangnya daripada Allah s.w.t, kerana roh adalah urusan
Allah s.w.t, maka kembalikan ia kepada Allah s.w.t. Apabila seseorang hamba
itu sudah tidak terikat lagi dengan jasad dan roh maka jadilah dia bekas
yang sesuai untuk diisi dengan Allah s.w.t.
Pada awal perjalanan, seseorang pengembara kerohanian membawa bersama-samanya sifat-sifat basyariah serta kesedaran terhadap dirinya dan alam nyata. Dia dikawal oleh kehendak, pemikiran, cita-cita, angan-angan dan lain-lain. Anasir-anasir alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan turut mempengaruhinya. Latihan kerohanian menghancurkan sifat-sifat yang keji dan memutuskan rantaian pengaruh anasir-anasir alam.
Pada awal perjalanan, seseorang pengembara kerohanian membawa bersama-samanya sifat-sifat basyariah serta kesedaran terhadap dirinya dan alam nyata. Dia dikawal oleh kehendak, pemikiran, cita-cita, angan-angan dan lain-lain. Anasir-anasir alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan turut mempengaruhinya. Latihan kerohanian menghancurkan sifat-sifat yang keji dan memutuskan rantaian pengaruh anasir-anasir alam.
Jika diperhatikan Kalam-kalam Hikmat
yang lalu dapat dilihat bahawa hijab nafsu dan akal yang membungkus hati
sehingga kebenaran tidak kelihatan. Akal yang ditutupi oleh kegelapan nafsu,
iaitu akal yang tidak menerima pancaran nur, tunduk kepada perintah nafsu.
Nafsu tidak pernah kenyang dan akal sentiasa ada jawapan dan alasan. Hujah
akal menjadi benteng yang kukuh buat nafsu bersembunyi. Jangan memandang
enteng kepada kekuatan nafsu dalam menguasai akal dan pancaindera. Al-Quran
telah memberi peringatan mengenainya:
Manusia yang menerima ayat-ayat Allah s.w.t
yang seharusnya menjadi mulia telah bertukar menjadi hina kerana mereka
memperturutkan hawa nafsu. Ayat-ayat Allah s.w.t yang diketahuinya memancarkan
cahaya pada hati dan akalnya tetapi kegelapan nafsu membungkus cahaya itu.
Di dalam kegelapan nafsu, akal mengadakan hujah bagi mendustakan ayat-ayat
Allah s.w.t yang dia sendiri mengetahuinya. Allah s.w.t mengadakan perbandingan
yang hina bagi orang yang seperti ini. Mereka adalah umpama anjing yang
tidak boleh berfikir dan tidak bermaruah. Buruk sekali pandangan Allah
s.w.t terhadap orang yang mempertuhankan nafsunya. Nafsu yang tidak mahu
kenyang adalah umpama anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya, tidak
memperdulikan walaupun dihalau berkali-kali.
Allah s.w.t mewahyukan ayat-ayat
yang menceritakan tentang kehinaan manusia yang menerima ayat-ayat-Nya
tetapi masih juga memperturutkan hawa nafsu, supaya cerita yang demikian
boleh memberi kesedaran kepada mereka. Jika mereka kembali sedar, mereka
akan keluar daripada kegelapan nafsu. Berpandukan ayat-ayat Allah s.w.t
yang sudah mereka ketahui mereka akan temui jalan yang benar.
Ayat-ayat yang diturunkan Allah s.w.t
memberi pengertian kepada Rasulullah s.a.w bahawa cendikiawan Arab yang
menentang baginda s.a.w berbuat demikian bukan kerana tidak dapat melihat
kebenaran yang baginda s.a.w bawa, tetapi mereka dikuasai oleh hawa nafsu.
Cahaya kebenaran yang menyala dilubuk hati ditutupi oleh kegelapan nafsu.
Orang yang telah menerima cahaya kebenaran tetapi mendustakannya itulah
yang diberi perumpamaan yang hina oleh Allah s.w.t.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas,
pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah
s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama
Allah Yang Maha Besar. Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat
daripada Firaun, sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja
negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum
yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya
Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan
ilmunya untuk mengalahkan Nabi Musa a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan
berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju juga setelah isteri kecintaannya
menerima sogokan daripada Raja. Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban
doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. Menurut cerita, doa
dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan ia menjadi sebab kaum
Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun lamanya. Apabila Nabi
Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada sekatan tersebut, Allah
s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama laknat turun kepada
Bal’am.
Sebahagian orang menganggap cerita
di atas sebagai cerita Israiliat. Rasulullah s.a.w menentukan dasar bahawa
cerita ahlul kitab tidak dibenarkan dan tidak didustakan. Cerita tersebut
dibawa sekadar menunjukkan sejauh mana kekuatan nafsu menutup pandangan
hati sehingga Bal’am sanggup menentang Nabi Musa a.s walaupun dia mengetahui
kebenarannya, sebagaimana cendikiawan Arab menentang Rasulullah s.a.w sekalipun
hati kecil mereka menerima kebenaran baginda s.a.w.
Menundukkan nafsu bukanlah pekerjaan yang mudah. Seseorang itu perlu kembali kepada hatinya, bukan akalnya. Hati tidak akan berbohong dengan diri sendiri sekalipun akal menutupi kebenaran atas perintah nafsu. Kekuatan hati adalah ikhlas. Maksud ikhlas yang sebenarnya adalah:
Menundukkan nafsu bukanlah pekerjaan yang mudah. Seseorang itu perlu kembali kepada hatinya, bukan akalnya. Hati tidak akan berbohong dengan diri sendiri sekalipun akal menutupi kebenaran atas perintah nafsu. Kekuatan hati adalah ikhlas. Maksud ikhlas yang sebenarnya adalah:
Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri.
Semuanya kerana Allah s.w.t. Selagi kepentingan diri tidak ditanam dalam
bumi selagi itu ikhlas tidak tumbuh dengan baik. Ia menjadi sempurna apabila
wujud diri itu sendiri ditanamkan. Bumi tempat menanamnya adalah bumi yang
tersembunyi, jauh daripada perhatian manusia lain. Ia adalah umpama kubur
yang tidak bertanda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar